MAYNEU
Selamat datang ke portal rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Malayan Banking Berhad (MAYNEU). Kami adalah suara anda, memperjuangkan hak, kebajikan, dan masa depan anda di Maybank.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang sudah mendaftar. Pintu kami sentiasa terbuka untuk anda yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti hebat ini.
Oleh Maybankers, Untuk Maybankers, Demi Maybankers
Bersama MAYNEU. Suara anda didengari. Kami perjuangkan hak, kebajikan dan masa depan anda untuk kerjaya yang lebih baik.
Mengenai Kami
Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Malayan Banking Berhad (MAYNEU) telah didaftarkan secara rasmi pada 3hb Januari 2025 dengan nombor pendaftaran 1281. Penubuhan kami didorong oleh kesedaran kolektif di kalangan pekerja Maybank tentang keperluan sebuah wadah yang kukuh untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pekerjaan.
Program
Inisiatif dan Projek Terkini
Perwakilan Rasmi
Kami bertindak sebagai wakil rasmi dalam perundingan Memorandum Perjanjian dengan pihak pengurusan Maybank
Pembelaan Ahli
Kami komited untuk membela ahli dalam isu disiplin, kebajikan, dan memastikan layanan yang adil di tempat kerja.
Perpaduan & Solidariti
Kami berusaha untuk menggalakkan perpaduan dan solidariti di kalangan semua pekerja bukan eksekutif.
Visi
"Menjadi kesatuan sekerja yang progresif, dan agresif serta berintegriti di dalam membela hak, meningkatkan kebajikan serta memperkukuh perpaduan semua ahli."
Misi
- Membela hak ahli melalui perundingan yang adil, berkesan dan telus dengan pihak pengurusan.
- Memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan semua ahli dari segi ekonomi, sosial dan keselamatan pekerjaan.
- Meningkatkan perpaduan dan solidariti di kalangan ahli di bawah satu kesatuan yang kukuh
- Mengembangkan pengetahuan tentang hak pekerja melalui latihan, seminar dan program pembangunan diri.
- Modal insan diperkasa Demi kepentingan bersama pekerja, kepentingan pekerja terpelihara, pekerja dihargai, pekerja tonggak kemajuan dan kebajikan.
- Memastikan pengurusan kesatuan yang profesional berlandaskan integriti, amanah dan bertanggungjawab.
Perjalanan Kami
Pemangkin Perubahan
Maybank Sebagai bank No. 1 di Malaysia, kami percaya pekerja bukan eksekutif berhak menerima gaji dan kemudahan yang setimpal dengan kejayaan syarikat, bukan sekadar setara dengan bank-bank yang lebih kecil.
Asas Perundangan
Penubuhan MAYNEU dimungkinkan oleh Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023, yang menyelaraskan undang-undang negara dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk menggalakkan kebebasan berpersatuan.
Penubuhan Kami
Susulan perkembangan perundangan ini, sebuah jawatankuasa penaja telah dibentuk pada tahun 2024. Melalui usaha gigih dan sokongan padu, MAYNEU telah berjaya didaftarkan secara rasmi pada 3 Januari 2025.
FAEDAH
Kenapa Anda Perlu Sertai MAYNEU?
Perwakilan Dedikasi
Diuruskan “Oleh Maybankers, Untuk Maybankers”, memastikan wakil anda benar-benar memahami cabaran kerja.
Komuniti yang Bersatu
Menjadi sebahagian daripada rangkaian sokongan yang menggalakkan perpaduan di kalangan rakan sekerja.
Kuasa Perundingan Kolektif
Suara yang kuat dan bersatu dalam rundingan gaji, faedah, dan syarat perkhidmatan.
Ilmu dan Pemerkasaan
Akses kepada latihan dan seminar untuk mendidik anda tentang hak-hak anda sebagai pekerja.
Masa Depan Lebih Baik
Bersama-sama kita membina persekitaran kerja yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Perlindungan di Tempat Kerja
Sokongan padu dalam urusan disiplin dan jaminan anda dilayan secara adil.
Organisasi Kami
Kenali pasukan berdedikasi yang memimpin komuniti kami.
WAN AHMAD NAZRUL BIN WAN NAWI
PRESIDEN
KAMARUDDIN BIN HAJI SUDIN
NAIB PRESIDEN
JESNI BIN MAHMOOD
SETIAUSAHA
MOHD ZAKRI BIN IDRUS
BENDAHARI
ABDUL MALIK BIN ABDUL RAZAK
PEN. SETIAUSAHA
AZWAN HAZRULNIZA BIN ABU HANIPAH
PEN. BENDAHARI
MAJLIS JAWATANKUASA KERJA
ISHAMUDIN BIN ISMAIL
AHLI JAWATANKUASA
ABDULLAHSYAM BIN YUNUS
AHLI JAWATANKUASA
FAZLI BIN HAMID
AHLI JAWATANKUASA
MOHD KHAIRUL SHAH BIN ABDUL HALIM
AHLI JAWATANKUASA